...

Pakej Hosting FK Solutions Sdn. Bhd.

Apa Itu Hosting?

Hosting ini adalah server yang membuatkan website anda boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet. Untuk perniagaan yang menggunakan website wordpress, hosting ini memastikan website anda sentiasa online 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Semua website di dunia ini memerlukan hosting untuk berfungsi. Jika tiada hosting, tiada lah website.

Pakej Hosting Yang Ditawarkan oleh FK Solutions

Pakej hosting kami dari Pakej Permulaan RM30 sebulan. Harga ini akan dinaikkan jika anda memerlukan hosting yang lebih laju, lebih storage dan lebih berkeupayaan.
Semua pelanggan yang mengupah kami untuk design website mereka kami akan tawarkan hosting Pakej Permulaan percuma selama setahun.

Apa Jenis Hosting Yang FK Solutions Tawarkan?

Kami tidak mempunya fasiliti hosting sendiri, kami juga hosting dari syarikat lain, dengan cara ini, kami boleh tumpukan kepada kerja-kerja web design, web maintenance, photography & video production sahaja untuk pelanggan-pelanggan kami. Kerja-kerja maintenance dan support berkaitan hosting, kami berikan kepercayaan penuh kepada syarikat hosting itu.
Kami beli server bersaiz besar dengan harga yang sangat mahal setiap bulan. Kami kemudiannya “potong” hosting ini kepada saiz hosting-hosting yang lebih kecil dan sewakan kepada pelanggan-pelanggan kami setiap hosting kecil tadi.
Di tempat lain, anda perlu sewa satu hosting tadi dalam tempoh yang lama baru dapat harga serendah RM30 sebulan. Ada yang kena sewa selama 3 tahun baru dapat harga murah macam ni, tapi anda dapat harga semurah ni, jika anda buat website dengan kami.

Lokasi server

Lokasi Server adalah di Singapore.
Mengapa Singapore bukan Malaysia?

Kerana lokasi Malaysia dan Singapore tidaklah jauh, latency sama sahaja dengan server di Malaysia. Dari segi support dan teknologi pula, kami berpengalaman sejak tahun 2016 dengan pelbagai syarikat hosting di dunia ini. Kami pernah sewa hosting di Malaysia, Singapore dan USA. Kami simpulkan, masalah utaman syarikat-syarikat hosting ni ialah support, jika ada masalah berkaitan hosting, di Malaysia team supportnya agak lambat dan kurang kepakaran. Kadangkala kena tunggu habis cuti umum dulu baru dapat mereka layan masalah hosting kita. Kebanyakannya syarikat kecil yang mempunya server tidak berapa baik untuk pelanggan. Pekerja pun kurang terlatih. Walaupun tak semua syarikat hosting di Malaysia ada masalah ini, tapi semua syarikat hosting yang kami subscribe ada mempunyai masalah yang kami nyatakan ini dan kami tidak mahu mencuba servis dari syarikat hosting lain di Malaysia buat masa ini. Semua masalah ini akan membuatkan rutin atau aktiviti berkaitan website pelanggan-pelanggan kami terganggu.

Syarikat hosting di USA pula rata-rata ada masalah oversold. Syarikat-syarikat hosting yang namanya gah kebanyakan telah kami cuba servis mereka, mereka ada masalah oversold yang mengakibatkan support mereka tak berapa baik, walaupun speed mereka janjikan adalah tinggi, tetapi hosting sangat slow, kadang-kadang website tak up pun dan servis yang mereka tawarkan tidak reliable.
Support terbaik adalah syarikat server hosting yang berlokasi di Singapore ini. Support mereka terbaik dari semua aspek. Jika kita bercerita tentang hosting ni, aspek nombor satu adalah support.

Spec Pakej-Pakej Hosting

Berikut adalah senarai pakej-pakej hosting yang kami tawarkan dan spec semua pakej hosting.
Pakej Permulaan Pakej Pertengahan Pakej Lanjutan Pakej Custom
Storage 6.4 GB 12.8 GB 25.6GB Mengikut Keperluan Anda
Bandwidth 160GB 320 GB 640 GB Mengikut Keperluan Anda
Bayaran Bulanan RM30 RM60 RM120 RM xxx - RMx,xxx

Kelebihan anda ambil pakej hosting dengan FK Solutions Sdn. Bhd.

Memandangkan FK Solutions Sdn. Bhd. menawarkan hosting percuma setahun dan jika anda bercadang untuk meneruskan perkhidmatan hosting bersama kami, kami mahu menonjolkan beberapa kelebihan anda mengambil pakej perkhidmatan hosting dengan kami:

Konsistensi Dan Keserasian:

Memandangkan anda telah membenarkan kami untuk mereka bentuk dan membina website anda, menggunakan perkhidmatan hosting dari pihak kami memastikan proses maintenance & support yang konsisten. Kami telah fasih dengan struktur website anda, rutin website anda dan segala permasalahan yang anda telah lalui dan bakal anda lalui sepanjang website anda berada di hosting kami. Ianya akan memudahkan kami untuk diagnose masalah-masalah anda dan mencadangkan solusi yang lebih tepat dan jitu untuk hosting dan website anda secara keseluruhannya. Anda tak perlu berhubung dengan dua atau lebih pihak untuk menyelesaikan masalah hosting anda. Ini dapat menyingkatkan masa anda untuk menangani sebarang masalah berkaitan hosting dan website anda secara keseluruhannya. Anda hanya perlu fokus kepada uruskan bisnes anda 100% sahaja. Biar kami uruskan keperluan website anda 100%.

Keselamatan Optimum:

Website kena hack adalah satu pengalaman pahit dan parah bagi setiap pemilik bisnes yang memerlukan website sebagai lifeblood perniagaan mereka. Lebih mudah jika kami (FK Solutions) yang membina website anda ini tahu selok belok hosting anda, jika website anda kena hack atau dijangkiti malware, kami lebih fasih tentang luar dalam hosting anda kerana kami yang bina website anda dan anda tak perlu share data yang kritikal kepada banyak pihak. Lagi sikit pihak tahu perihal struktur website anda lebih selamat.

Support & Pertanyaan

Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan tentang hosting yang kami tawarkan, anda hanya perlu hubungi kami melalui email kami: support@fksolutions.com.my atau whatsapp kami di +60122504576 jika anda ada masalah berkaitan hosting. Jika ianya adalah masa pejabat, kami akan layan anda dalam masa bawah 30 minit.
Scroll to Top
Buka Whatsapp
1
Sebarang pertanyaan?
FK Solutions Sdn. Bhd.
Tanya kami di WhatsApp
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.