...

Website murah untuk bisnes.
Jimat pada perkara
yang betul.

Harga rendah memang menarik. Tapi apa yang anda dapat, apa yang kena tambah dan siapa yang bantu selepas siap? Kami bantu anda semak scope, supaya bajet website pergi kepada perkara yang bisnes anda perlukan.

JAWAPAN RINGKAS

Website murah boleh berbaloi.

Asalkan cukup untuk tujuan anda.

Website murah untuk bisnes berbaloi apabila fungsi, content, akses dan kos tahunannya jelas. Pilih berdasarkan apa yang customer perlu buat di website anda: faham servis, semak portfolio, minta quotation atau beli produk.

Website ringkas boleh jadi pilihan yang baik jika keperluannya ringkas. Masalah bermula apabila harga awal kelihatan sesuai, tetapi perkara penting belum masuk dalam scope. Jadi, semak keseluruhan kerja sebelum membuat keputusan.

Semak empat perkara dahulu

Tujuan website · Deliverables · Kos berulang · Urusan selepas launch

Notebook dan calculator untuk merancang scope website

Visual ilustrasi; bukan gambar team atau customer FK.

MULAKAN DENGAN ANGKA YANG JELAS

Berapa bajet untuk website FK Solutions?

Pilih jenis website berdasarkan cara anda menjual. Harga di bawah ialah harga permulaan FK, dengan scope akhir disahkan dalam quotation.

SATU TAWARAN UTAMA

Single landing page

RM1,550

bermula

Untuk satu produk atau servis yang boleh diterangkan dalam satu page, dengan langkah enquiry yang jelas.

PROFIL & SERVICES

Corporate website

RM4,000

bermula

Untuk syarikat yang perlu menerangkan beberapa services, tunjukkan portfolio dan membina keyakinan sebelum customer hubungi anda.

KATALOG & CHECKOUT

Ecommerce website

RM5,500

bermula

Untuk bisnes yang perlukan product catalogue, cart dan checkout. Variations, delivery dan integrations perlu diperincikan.

Hosting dan domain tahun pertama termasuk mengikut pakej standard yang dipilih. Custom scope, domain premium, tambahan servis dan renewal disahkan dalam quotation. Proses wireframe dan mockup berasingan memerlukan quotation khusus.

Bajet dah ada. Nak tahu apa yang patut dimasukkan?

Tarikh, masa dan lokasi meeting kita confirm melalui WhatsApp.

TENGOK DAHULU HASIL KERJA

Macam mana website anda boleh dipersembahkan?

Enam contoh website yang kami bina. Semak cara setiap bisnes menerangkan tawaran, menyusun gambar dan membawa visitor ke langkah seterusnya.

pgtimur.com.my

mukminjunior.com

talea.com.my

swiftforcesecurity.com.my

prosignboard.com.my

prem.com.my

Preview bergerak bergilir dengan jeda. Anda boleh pause bila-bila masa.

Screenshot ialah rujukan hasil design; kandungan website live boleh berubah. Setiap projek mempunyai scope tersendiri.

Pengasas FK Solutions bersama Ustaz Wadi Annuar untuk projek digital marketing

Ustaz Wadi Annuar bersama pengasas FK Solutions.

KENALI SIAPA YANG BUAT KERJA

Bincang dengan team yang dah biasa dengan keperluan bisnes.

Sejak 2016

Web design & internet marketing

265+ clients

Setahun, merentasi pelbagai bisnes

Selain portfolio website, pengalaman kami termasuk projek digital marketing untuk Ustaz Wadi Annuar. Gambar ini ialah rekod projek tersebut, bukan testimoni atau contoh projek website beliau.

Untuk website anda, perbincangan bermula dengan keperluan sebenar: apa yang anda jual, siapa customer anda dan bagaimana mereka biasanya membuat keputusan.

01 / TENTUKAN KERJA WEBSITE

Nak customer buat apa selepas mereka baca?

Tetapkan tindakan utama dahulu. Pilihan pages dan features jadi lebih masuk akal apabila anda tahu fungsi website dalam proses jualan.

01

Minta quotation

Terangkan services, jenis projek, kawasan yang diliputi dan bukti kerja. Bawa customer ke WhatsApp dengan maklumat yang membantu anda semak keperluannya.

Services → Portfolio → Enquiry

02

Semak syarikat sebelum berurusan

Susun company profile, kemampuan team dan projek yang boleh dikongsi. Customer perlu jumpa maklumat syarikat yang konsisten dan contact yang betul.

Company → Capabilities → Contact

03

Pilih produk dan bayar

Customer perlukan maklumat produk, pilihan yang betul, delivery dan checkout. Selepas itu, team anda pula perlu boleh mengurus order dengan jelas.

Product → Cart → Checkout

Satu website boleh menyokong beberapa tujuan. Tentukan yang paling penting untuk fasa pertama.

02 / SEMAK APA YANG DIHANTAR

Bukan sekadar berapa pages.
Apa yang website tu perlu buat?

Scope yang jelas membantu anda tahu apa yang dibayar — dan apa yang perlu quotation tambahan.

Lakaran susunan pages dan aliran website di atas meja kerja

Visual ilustrasi · Susun pages dan flow sebelum mula design.

Pages & bahasa

Satu page yang senaraikan semua services berbeza daripada page berasingan untuk setiap servis. Nyatakan juga bahasa yang diperlukan.

Content & features

Siapa sediakan teks dan gambar? Adakah WhatsApp, borang, checkout atau integrasi termasuk?

Review & handover

Confirm proses approval, amendment rounds dan akses yang diterima selepas siap.

Contoh: “5 pages” sahaja belum menjelaskan kerja content, functions dan mobile layout.

Nak semak sama ada scope ni sesuai dengan bajet anda?

Tarikh, masa dan lokasi meeting kita confirm melalui WhatsApp.

Website pgtimur.com.my hasil kerja FK Solutions

PG Timur · Salah satu website dalam portfolio FK Solutions.

03 / WEBSITE UNTUK DAPATKAN ENQUIRY

Corporate website: biar customer faham kemampuan anda.

Corporate website sesuai apabila customer perlu menilai syarikat sebelum meminta quotation. Mereka mungkin nak semak jenis kerja, pengalaman, projek berkaitan atau sama ada anda menawarkan servis yang mereka perlukan.

Untuk bisnes yang mempunyai beberapa services, susunan yang jelas lebih berguna daripada memadatkan semuanya dalam satu page. Setiap servis perlu cukup penerangan untuk membantu customer membezakan keperluannya, tanpa mengulang ayat yang sama.

Sediakan gambar projek sebenar yang dibenarkan untuk dikongsi. Tambahkan konteks ringkas seperti jenis kerja dan scope anda. Jangan hanya letak galeri tanpa penerangan.

Fokus bajet pada maklumat services, bukti kerja dan cara customer menghubungi anda.

04 / WEBSITE UNTUK JUAL PRODUK

Dari pilih produk,
sampai order dihantar.

Ecommerce perlu ikut cara bisnes anda mengurus pesanan. Senarai produk sahaja belum cukup untuk menentukan scope.

Beritahu jumlah produk, variations seperti saiz atau warna, stock dan siapa menyediakan data. Kemudian semak flow bayaran, delivery dan kerja team selepas order masuk.

Perlukan sambungan ke sistem stock atau platform lain? Bincang dahulu supaya kerja tambahan jelas.

Pembungkusan produk dengan paparan online store pada laptop

Visual ilustrasi · Katalog, bayaran dan fulfilment perlu selari.

ProdukData, gambar, variations & stock

BayaranProvider, approval & transaction fees

FulfilmentDelivery, pickup & urusan order

Merchant approval dan transaction fees bergantung pada payment provider. Integrations dan kerja memasukkan produk disahkan dalam scope.

05 / PILIH PROSES YANG SESUAI

Nak design terus daripada brief, atau approve wireframe dahulu?

Dua pendekatan ni melibatkan cara kerja dan scope yang berbeza. Pilih berdasarkan sejauh mana anda perlu menilai structure dan visual sebelum pembangunan bermula.

Jika anda sudah ada reference, branding atau mockup sendiri, pendekatan brief/reference-led membolehkan FK menyusun arah design berdasarkan bahan tersebut, kemudian membina draft untuk semakan.

Untuk team yang memerlukan approval lebih awal, ada route berasingan dengan wireframe, pilihan visual mockups, development dan amendments. Ia berguna apabila beberapa pihak perlu bersetuju tentang susunan dan design sebelum kerja pembangunan.

Perbincangan konsep website dengan lakaran wireframe

Visual ilustrasi; bukan gambar team atau customer FK.

BRIEF / REFERENCE-LED

Anda share arah. Kami susun design.

Mulakan dengan tujuan website, bahan, branding dan contoh yang anda suka. Nyatakan bahagian reference yang relevan: susunan, warna atau cara content dipersembahkan.

Semakan dan amendments mengikut pakej serta quotation yang dipersetujui.

WIREFRAME + MOCKUP

Semak structure, kemudian visual.

Scope rujukan route ini merangkumi wireframe dengan satu reasonable amendment, tiga konsep visual dengan satu dipilih, development dan sehingga tiga website amendment rounds.

Konsep tambahan atau perubahan besar di luar scope diberi quotation berasingan. Hosting, domain dan email tidak automatik termasuk dalam route revamp ini.

Route wireframe dan mockup memerlukan quotation khusus. Jangan anggap harga, inclusions atau timeline pakej standard terpakai pada route ini.

Nak tunjuk reference dan explain secara face-to-face?

Tarikh, masa dan lokasi meeting kita confirm melalui WhatsApp.

Setup kamera, lighting dan produk untuk menghasilkan gambar website

Visual ilustrasi · Gambar yang sesuai membantu customer faham tawaran.

06 / CONTENT & GAMBAR

Bahan yang bagus buat design lebih bermakna.

Teks dan gambar menentukan apa yang customer faham tentang bisnes anda. Siapkan bahan utama sebelum design terlalu jauh, supaya kita tak perlu ubah banyak perkara kemudian.

Gunakan gambar produk atau kerja sebenar yang dibenarkan. Untuk setiap servis, terangkan apa yang anda buat, siapa yang sesuai dan maklumat yang diperlukan untuk quotation.

Copywriting, translation, photography dan video boleh dibincangkan mengikut scope; jangan anggap semuanya termasuk dalam harga web design.

Empat bahan untuk mulakan briefing

  • Company info: logo, contact dan short profile.
  • Tawaran: services atau produk utama.
  • Bukti: gambar projek dan feedback yang dibenarkan.
  • Reference: contoh website dan apa yang anda suka.

07 / SEMAK DI TELEFON

Cantik di desktop.
Selesa digunakan di mobile.

Buka actual page di telefon semasa review. Customer perlu boleh baca tanpa zoom, cari maklumat penting dan tekan button dengan selesa.

Baca & navigasi

Semak saiz teks, menu dan crop gambar.

Buat tindakan

Cuba WhatsApp, borang atau variations dan checkout.

Semak selepas content masuk

Gambar, video, hosting dan sambungan mempengaruhi kelajuan sebenar.

Paparan website pada telefon dan laptop untuk semakan responsive design

Visual ilustrasi · Cuba flow sebenar, bukan screenshot sahaja.

08 / SEMAKAN & PERUBAHAN

Tunjuk bahagian yang nak diubah.
Kita semak dengan lebih jelas.

Amendments ikut scope yang dipersetujui. Page baharu, feature tambahan atau perubahan konsep besar mungkin melibatkan kos lain.

Dua orang menyemak cadangan layout pada kertas dan laptop

Visual ilustrasi · Semakan design dan feedback yang tersusun.

1

Seorang PIC

Kumpulkan feedback team melalui seorang PIC supaya arahan tak bercanggah.

2

Satu senarai jelas

Nyatakan page, bahagian dan perubahan. Contoh: “Ganti gambar projek kedua dengan fail ini.”

3

Confirm kerja tambahan

Semak caj dan kesan pada timeline sebelum tambah scope.

Tarikh siap bergantung juga pada bahan dan approval. Bilangan amendment rounds serta timeline mengikut quotation; perubahan tanpa had tidak automatik termasuk.

09 / KIRA SELEPAS TAHUN PERTAMA

Rancang kos bina.
Semak juga kos untuk terus guna.

Bajet website merangkumi pembangunan, renewal yang dilanggan dan tambahan yang anda setujui.

Perancangan kalendar, calculator dan dokumen untuk bajet renewal

Visual ilustrasi · Asingkan kos permulaan dan kos berulang.

Hosting & domain

Semak kapasiti, jenis domain, tempoh dan jumlah renewal. Harga domain boleh berbeza mengikut extension.

Lesen, email & CDN/Security

Kira servis berbayar yang anda langgan sahaja. CDN & Security tidak automatik termasuk dalam semua pakej.

Kerja selepas launch

Edit content, redesign, feature baharu dan latihan pelanggan bukan inclusions automatik dalam renewal.

Harga tertakluk pada perubahan. Kadar USD/MYR dan harga provider boleh mempengaruhi caj hosting, domain serta servis pihak ketiga. Jumlah akhir mengikut quotation atau renewal invoice.

Nak tahu kos permulaan dan renewal untuk keperluan anda?

Tarikh, masa dan lokasi meeting kita confirm melalui WhatsApp.

10 / FAHAM KAPASITI HOSTING

Storage besar sahaja belum menjawab semuanya.

Semak storage, bandwidth dan had penggunaan lain yang relevan dengan website anda. “Unlimited” perlu diterangkan dengan tepat.

STORAGE IKUT PELAN ANDA

Gambar

Pages

Media

Fail

Storage mengikut pelan

Unlimited inodes
Tiada kuota bilangan fail berasingan

Jumlah penggunaan tetap dalam kapasiti storage yang dilanggan.

Apa maksud unlimited inodes di FK?

Tiada kuota bilangan fail berasingan selagi penggunaan tidak melebihi storage yang dilanggan. Ini membantu anda memahami ruang yang dibayar tanpa perlu mentafsir “unlimited” sebagai ruang simpanan tanpa had.

Inodes merujuk rekod fail dan direktori dalam sistem hosting. Banyak fail kecil boleh memberi corak penggunaan berbeza daripada beberapa fail besar. Dalam tawaran FK, semakan tetap perlu mengambil kira kapasiti storage anda.

Unlimited inodes bukan unlimited bandwidth, processing, database atau semua server resources. Website dengan proses berat perlu disemak mengikut keperluannya, walaupun masih ada storage kosong.

Pilih hosting berdasarkan cara website digunakan dan ruang pertumbuhan yang munasabah. Tidak semua bisnes memerlukan pelan terbesar untuk bermula.

11 / DOMAIN & AKSES

Website siap.
Urusan akses pun kena jelas.

Domain bisnes

Semak nama registrant, contact, tarikh expiry dan siapa urus renewal.

Akses admin

Fahami akses yang diterima dan bahagian website yang boleh anda edit.

Handover & migration

Tanya proses serahan fail/database jika relevan. Lesen pihak ketiga dan kerja migration perlu dijelaskan dalam scope.

Laptop dengan ilustrasi pengurusan domain dan akses, bersama kunci

Visual ilustrasi · Domain, akses admin dan handover ialah urusan berbeza.

Dah guna domain untuk email? Beritahu kami sebelum perubahan DNS atau hosting. Sambungan sedia ada perlu disemak dahulu.

Ilustrasi team menyemak website pada skrin

Visual ilustrasi; bukan gambar team atau customer FK.

12 / SELEPAS WEBSITE LIVE

Satu agensi untuk website dan hosting. Lebih mudah nak selaraskan.

Apabila developer dan penyedia hosting ialah agensi yang sama, anda ada satu tempat untuk memulakan semakan. Team yang memahami binaan website boleh menyelaras perkara berkaitan hosting tanpa anda perlu menerangkan projek kepada beberapa pihak.

Error boleh berpunca daripada domain, DNS, plugin, perubahan content atau sambungan pihak ketiga. Share URL, screenshot, masa masalah berlaku dan perubahan terakhir yang anda tahu. Maklumat ni membantu menentukan langkah semakan.

Scope support, waktu bantuan, jadual backup dan caj kerja tambahan perlu disahkan. Masa respons bukan jaminan masa penyelesaian; pemulihan bergantung pada punca, akses dan backup yang tersedia.

Renewal hosting tidak automatik menjadi kontrak untuk edit semua content website anda.

Untuk CDN & Security: jika dilanggan, scope boleh merangkumi setup/configuration, langkah perlindungan, login URL obfuscation, backup sekali semasa activation dan pengurusan servis tersebut. Ia bukan janji perlindungan sepenuhnya, recurring backups atau unlimited website maintenance.

Sesi ilustrasi belajar mengurus content website pada laptop

Visual ilustrasi · Tutorial untuk website yang sudah ada.

13 / TEAM ANDA SELEPAS HANDOVER

Nak tukar teks atau gambar sendiri?
Kami boleh ajar.

FK menawarkan kelas face-to-face untuk editing dan routine content maintenance pada website sedia ada.

  • Kenali dashboard dan edit existing pages.
  • Tukar teks, gambar serta urus media dan menus.
  • Cipta, edit dan publish posts.

Bukan kelas bina website dari kosong, coding, redesign atau server maintenance. Latihan ini berbeza daripada meeting projek dan handover tutorial; scope, tempoh dan harga disahkan berasingan.

Nak bincang website, atau tanya tentang training selepas siap?

Tarikh, masa dan lokasi meeting kita confirm melalui WhatsApp.

14 / JIMAT MELALUI KEUTAMAAN

Apa yang boleh mula sekarang, apa yang boleh menyusul?

Bahagikan keperluan kepada fasa apabila ia sesuai dengan cara bisnes anda bekerja. Jangan tangguhkan fungsi yang diperlukan untuk customer membuat enquiry atau membeli.

FASA PERTAMA

Pastikan asas bisnes jelas.

  • Services atau products utama dengan penerangan yang lengkap.
  • Gambar dan portfolio yang relevan serta dibenarkan.
  • Contact yang betul dan flow enquiry yang berfungsi.
  • Mobile layout, semakan content dan akses yang dipersetujui.

FASA SETERUSNYA, JIKA PERLU

Tambah berdasarkan penggunaan.

  • Page untuk servis baharu atau pasaran tambahan.
  • Lebih banyak content, photography atau bahasa.
  • Automasi dan integrations yang telah dikenal pasti.
  • Kempen pemasaran mengikut kapasiti operasi dan bajet.

Contoh keperluan: bisnes servis yang menentukan harga selepas site visit mungkin bermula dengan enquiry WhatsApp. Sistem booking berbayar hanya perlu jika cara operasi memang memerlukannya. Untuk kedai yang perlu menerima bayaran terus, checkout pula ialah fungsi asas. Contoh ini ilustrasi keputusan scope, bukan hasil projek pelanggan.

15 / SERVIS YANG BERKAITAN

Website, email dan marketing.
Boleh kita bincang sekali.

Satu quotation dengan item berasingan, atau quotation yang berbeza — ikut keperluan anda.

Professional email

Pilihan email, Google Workspace atau Microsoft 365 Business. Confirm jumlah pengguna, setup, migration dan langganan.

Google Ads management

Bincang scope kempen dan cara enquiry dinilai. Management fee dan advertising spend ialah kos berbeza.

Company profile design

Dokumen untuk memperkenalkan syarikat atau menghantar proposal. Content dan design ditentukan mengikut keperluan.

Ilustrasi semakan website dan dashboard pemasaran pada dua monitor

Visual ilustrasi · Visual dashboard ialah ilustrasi, bukan laporan prestasi FK.

Servis tambahan tidak automatik termasuk dalam quotation web design, hosting dan domain. Kita senaraikan scope serta harganya dengan jelas.

16 / SEMAK SEBELUM SETUJU

Lapan perkara untuk dibaca dalam quotation.

Gunakan checklist ni sebelum anda approve. Kalau ada bahagian yang belum jelas, tandakan soalan dan bincang dahulu.

01

Tujuan & pagesSaya tahu tindakan utama customer dan pages yang diperlukan.

02

Content & gambarJelas siapa menyediakan bahan, translation dan data produk.

03

FeaturesFungsi standard, custom work dan integrations disenaraikan.

04

Design & amendmentsProses approval, amendment rounds dan perubahan tambahan diterangkan.

05

Harga & bayaranJumlah, jadual bayaran, exclusions dan optional items jelas.

06

Kos renewalHosting, domain, lesen dan servis berulang dikenal pasti.

07

Akses & handoverUrusan domain, website admin dan serahan diterangkan.

08

Support & latihanSaya tahu bantuan yang termasuk dan servis yang perlu quotation lain.

Ada item dalam quotation yang anda nak faham dahulu?

Tarikh, masa dan lokasi meeting kita confirm melalui WhatsApp.

17 / LANGKAH SETERUSNYA

Tak perlu siapkan proposal panjang untuk mula berbincang.

Share beberapa maklumat asas. Kami boleh tanya soalan yang relevan sebelum menyediakan quotation mengikut keperluan anda.

CONTOH MESEJ PERTAMA

Hi FK Solutions, bisnes saya [nama / bidang].

Saya nak website untuk [tujuan utama] dan perlukan [services / produk / features].

Bajet anggaran [RM]. Existing website atau reference saya [link].

Boleh kita bincang scope dan kos renewal?

Selepas itu, kita jelaskan scope.

Kami perlu faham offer, content yang sudah ada, siapa membuat approval dan bila anda merancang untuk launch. Jika ada deadline, maklumkan supaya kesesuaiannya boleh dinilai mengikut kerja yang diperlukan.

Lebih mudah bercerita bila jumpa? Arrange meeting face-to-face melalui WhatsApp. Tarikh, masa dan lokasi ditentukan bersama; klik button meeting belum mengesahkan tempahan sesi.

SOALAN YANG SELALU TIMBUL

Masih ada perkara yang anda nak pastikan?

Jawapan ringkas tentang memilih website yang sesuai dengan bajet dan keperluan bisnes.

Tidak semestinya. Harga rendah boleh sesuai apabila scope ringkas dan jelas. Semak actual work, fungsi, mobile experience, akses, kos renewal dan support. Jangan tentukan kesesuaian daripada angka harga sahaja.

Corporate website FK bermula RM4,000, dengan harga akhir mengikut pages, features dan scope yang dipersetujui. Tujuan perbincangan ialah memastikan kerja yang anda perlukan jelas. Jika keperluan hanya satu tawaran dalam satu page, single landing page bermula RM1,550 boleh dibincangkan; ia bukan pengganti automatik untuk website syarikat yang lebih luas.

Boleh dibincangkan. Dahulukan content dan fungsi yang diperlukan untuk customer membuat enquiry atau pembelian. Page tambahan, bahasa atau automasi boleh dirancang kemudian jika tidak menjejaskan operasi. Setiap fasa tetap memerlukan scope dan quotation yang jelas.

Tidak. Kesesuaian bergantung pada susunan content, kemudahan penggunaan, fungsi dan cara design disesuaikan dengan bisnes. Semak apa yang boleh diubah dan apa yang memerlukan kerja tambahan. Jika perlukan approval structure dan visual sebelum development, bincang route wireframe dan mockup.

Tahun pertama termasuk mengikut pakej standard FK yang dipilih. Kapasiti, jenis domain, tempoh dan renewal perlu dinyatakan dalam quotation. Scope wireframe/mockup atau revamp berasingan tidak automatik menggunakan inclusions pakej standard.

Servis berlangganan seperti hosting dan domain tetap perlu diperbaharui untuk terus digunakan, mengikut tempoh langganan. Ia berbeza daripada bayaran mengedit content atau menambah features. Semak juga lesen, email dan CDN/security jika dilanggan.

Harga hosting, domain dan servis pihak ketiga boleh dipengaruhi kadar tukaran USD/MYR serta perubahan harga provider. Jenis domain dan servis yang dilanggan juga mempengaruhi jumlah. Rujuk quotation atau renewal invoice untuk jumlah yang terpakai.

Tidak. Dalam hosting FK, unlimited inodes bermaksud tiada kuota bilangan fail berasingan selagi penggunaan tidak melebihi storage yang dilanggan. Storage, bandwidth dan server resources masih perlu mengikut pelan serta keperluan website.

Tidak automatik. Ia ialah servis berasingan jika dilanggan dan perlu dinyatakan dalam quotation atau renewal invoice. Semak scope sebenar; jangan anggap ia termasuk recurring backups, semua website maintenance atau jaminan perlindungan sepenuhnya.

Maklumkan domain, website dan email sedia ada semasa briefing. Kami perlu memahami akses dan sambungan yang terlibat sebelum menentukan scope. Migration atau perubahan DNS perlu diselaraskan supaya keperluan email juga diambil kira.

Boleh bincang kelas face-to-face untuk editing dan routine content maintenance pada website sedia ada. Contohnya teks, gambar, pages, posts, media dan menus. Ia bukan kelas membina website dari kosong, coding atau server maintenance, dan tidak automatik termasuk dalam pakej web design.

Tidak ada jaminan. Website membantu menerangkan offer dan menyediakan flow enquiry atau pembelian. Hasil bergantung pada banyak perkara termasuk permintaan, content, traffic, harga dan cara enquiry diurus. Kerja SEO atau iklan yang lebih luas perlu dibincangkan mengikut scope.

Boleh arrange melalui WhatsApp untuk membincangkan website anda. Share nama bisnes, keperluan dan reference jika ada; kita confirm tarikh, masa dan lokasi bersama. Sesi perbincangan projek berbeza daripada kelas berbayar untuk belajar mengedit website.

JOM BINCANG

Cerita bisnes anda.
Kita susun langkah seterusnya.

Tak perlu tahu semua technical terms. Share idea, reference dan anggaran bajet — kami bantu jelaskan scope dan package yang sesuai.

BINCANG FACE-TO-FACE

Jom jumpa & bincang.

Bawa idea atau reference anda. Tarikh, masa dan lokasi kita confirm melalui WhatsApp.

NAK TANYA DULU

Tanya dulu, tak apa.

Mulakan dengan nama bisnes dan jenis website yang anda nak. Kita bincang dari situ.

Lebih suka call?

Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.